"Dua orang boleh melihat situasi yang sama, mendengar perbualan yang sama, mengalami kesusahan yang sama, tetapi sampai kepada kesimpulan hidup yang berbeza."
Introduction
Last week, actually after a brief thread messages, aku join one meeting to have discussion on how untuk jimat token when using AI agent / LLM. Aku actually dah explain usecase yang aku nak, at which aku nak achieve unique UI design for each app yang aku nak buat. Sekarang ni, AI punya design almost too generic, dia macam once you see je you know la app tu vibe coded version. Aku tak minat yang ni, untuk app aku, aku nak different style, each app needs to be different. So, when he said, he know and it can be done, for sure benda ni menaikkan semangat aku, and aku memang nak tau how. So far, yang aku tahu, jimat token untuk setup all the function and backend stuff, tapi bukan jimat token on UI. So, if he really know how to do it, then I want to take the knowledge untuk implement dalam workflow app development aku yang sekarang. Tapi actually during the meeting, Encik A actually want to share on how to use AI is the most efficient way untuk mengurangkan hallucination / rabbit hole during their execution. So it actually bukan on my usecase yang aku nak. But then, katanya kita perlu know this thing first, then baru continue on how to save the token using skill like cavemen and etc.
But I think the real context of my problem adalah, aku nak keluarkan aesthetic language dalam kepala aku ni dalam bentuk text, yang aku boleh jimat token, and ACHIEVED exactly how I imagine tu. Sebab okay, aku boleh bagi reference image, tapi bukan semestinya reference image tu identical dengan what I imagine. Faham ke apa yang aku cuba explain? I may not good at my words. (ᵕ • ᴗ •)
Apa pun, ilmu yang diberikan during the meetings is good and knowledgable, just dia tak achieve my purpose and apa yang aku nak capai. After more discussion on thread messages, I can very much can conclude, the way we think is too different. Aku berfikir dengan style survival mode, Encik A berfikir dengan style reflection mode.
The Way I Think
Macam aku kan, aku sejenis yang bila ada sesuatu isu atau masalah, otak aku akan fikir option apa yang aku ada untuk aku pilih as next action. So apa pilihan yang aku ada? Apa tindakan yang aku boleh buat? and apa keputusan yang patut aku ambik? So kalau nak bagi simple example how fikiran aku bergerak is, contoh kalau kau bercerita pada aku yang kau tak suka kerja kau yang sekarang ni, and kau tanya ape kau perlu buat?
Fikiran aku as simple as aku melihat option yang ada, kalau kau tak suka kerja kau sekarang, kau either kau boleh pilih option ni
- Hadap sementara waktu, sambil cari kerja lain.
- Kau hadap je, tak yah cari kerja lain.
- Berhenti kerja terus kalau dah tak tahan.
The Way He Think
He said maybe aku ada strong support system yang buat aku able untuk buat semua ni, hanya pilih option and move on. Aku ada family and kawan-kawan yang boleh support my decision. Aku tak perlu fikir 'kenapa aku perlu hidup untuk esok hari'. Sebenarnya context melihat dunia kita pun dah different on every level. Dia cuba explain in very long sentences, tapi for me why the need to explain all these things, I want to know the main point right away. Just tell me that. Aku tak sempat nak fikir pun kenapa aku nak hidup esok, aku always in survival mode bukan reflection mode.
If you are in survival mode, you need to make decision fast. Pick from all the option, adapt and move on.
Survival Mode vs Reflection Mode
Aku membesar dengan macam - macam cabaran, jadi gaya berfikir aku dah dicorakkan dengan macam mana aku survive sepanjang kehidupan aku. Bagi aku, ikut kefahaman aku, seseorang yang self-reflection mode mungkin sedang mencari validation atau support system yang mampu bantu dia dalam journey dia reflect tindakan atau fikiran dia. Cuma, the way we think is too different, I just cannot do it la. Aku jenis tak nak spend my time on thinking too much without any action. Kalau contoh Codex tu belum mampu buat apa yang aku nak achieve, aku tukar tools lain. Aku boleh pakai Canva or OpenArt, etc as long achieve my purpose la. So, kalau belajar pivot table boleh buat aku achieve dashboard excel yang aku nak, aku takkan force AI untuk buat in app, aku just perlu belajar pivot table je in excel. Macam tu. Aku tak linger around AI tu, aku hanya anggap dia tools je untuk achieve outcome yang aku nak.
Mindset aku mudah je, tapi tak bermaksud membuat pilihan tu senang. Contoh, family aku jenis support education sampai sekolah sahaja. Bila dah masuk tertiary education, semua kena survive sendiri. If you want to continue study, go find your own money. Bukan bermaksud tak nak aku belajar, cuma that is just the way how it works dalam family aku. Dari aku sibuk fikir kenapa tak nak kasi aku duit untuk sambung degree, baik aku fikir cara apa aku boleh dapat duit untuk sambung degree.
Apa pilihan yang ada?
- Pinjaman Pelajaran,
- Kerja dulu, cukup duit baru sambung belajar,
- Tak yah sambung terus, kerja je terus.
So, pilih jelah satu, sebab option duit dari father mother dah takde kan, tinggal tu jelah optionnya. I dont waste my time or energy on something yang aku sendiri tak boleh nak ubah. Aku cuma boleh buat something atas capacity aku. Duit mak ayah aku, bukan duit aku. Siapa aku nak paksa duit mereka untuk pass kat aku. Sama juga untuk orang lain, sebab mindset aku sama je. Kalau tu duit dia, kenapa kau nak paksa dia bagi, if kau try minta, dapat, then rezeki kau la, if kau minta tak dapat. Then bukan rezeki kau. Jangan fikir lama-lama, decide next action.
Kesimpulan
Aku datang dengan satu isu, iaitu macam mana aku nak AI tu buat UI yang lebih kreatif and tak generic macam vibe coded app dan dapat kurangkan penggunaan token sebab aku nak unique feature or style for each app. Tapi discussion bergerak ke arah harness engineering, falsafah AI and the future of AI. Dua topik yang nampak macam sama tapi sebenarnya different and not at the same level. Dia lebih berminat untuk faham AI, tapi aku lebih berminat untuk guna AI untuk achieve specific target aku.
Both is not wrong, just not the right member for the discussion. Dua - dua discussion yang berilmiah, cuma aku ada limited time occupied dengan kerja aku, freelance aku, and upskilling aku. Sambil nak update semua portfolio, jadi aku nak spend time on the specific target yang aku nak achieve. Hidup dewasa ni tak sama dengan zaman study yang kita have the buffer time untuk fikir semua benda, sekarang kita ada commitment. Ada family, and masa untuk achieve upskilling, freelancing and more studying tu sangat limited.
Aku tak linger on something yang dah berlaku and aku takde ability untuk ubah. Ambil pengajaran, and since life kena bergerak ke depan. Focus aku, kembali ke cara aku berfikir la, "Apa yang boleh dibuat sekarang?". Jadi, now aku dah belajar, cara berfikir aku and sesetengah orang tak sama. The way we think can be different, the way we look at this world can vary, tapi takde sapa salah or betul. Hanya perbezaan cara berfikir.
Dua orang boleh melihat situasi yang sama, mendengar perbualan yang sama, mengalami kesusahan yang sama, tetapi sampai kepada kesimpulan hidup yang berbeza.
Please be mindful and respectful when sharing your thoughts. Comments cannot be edited or deleted after posting, so take a moment to review before submitting. If you need a correction or removal request, contact support@nurlinasyahiirah.my.
Sign in to join the conversation
Loading comments...